Saturday 29 October 2011

PRODUK TEH MAS COTEK







Hasil usaha pelatih-pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Rembau telah berjaya menghasilkan Teh Herba Mas Cotek. Secara Tradisional dipercayai dengan mengamalkan Teh Herba Mas Cotek ini mampu merawat penyakit seperti:

  1. Mengeluarkan toksin dalam badan.
  2. Melancarkan perjalanan darah.
  3. Sakit Urat saraf/sendi.
  4. Kurangkan kandungan gula dalam darah.
  5. Mengurangkan tekanan darah tinggi, kolestrol dan lemak.
  6. Melegakan kesakitan akibat buasir.
  7. Migrain, gout.
  8. Sengugut.
  9. Mengecutkan saluran peranakan.
  10. Melambatkan proses monopous.
  11. Memulihkan tenaga batin.
  12. Sakit pinggang, keletihan dan masalah tidur.
  13. Mencantikan dan melicinkan kulit.
  14. Memudahkan buang air besar dan air kecil.




HARGA JUALAN : RM 10.00


HARGA PROMOSI


RM 8.00 = 1 KOTAK = 10 UNCANG

 (BELIAN SECARA BORONG DIALU-ALUKAN)


SELAIN DARI PRODUK THE MAS COTEK YANG DI HASILKAN OLEH PELATIH-PELATIH PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) REMBAU TERDAPAT JUGA PRODUK TEH MISAI KUCING.



HARGA JUALAN : RM 14.00

HARGA PROMOSI

RM 12.00 = 1 KOTAK = 20 UNCANG

 (BELIAN SECARA BORONG DIALU-ALUKAN)

MAS COTEK



MAS COTEK.




DEFINASI MAS COTEK.


Mas Cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya dikalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat Ali (Eurycoma longifolia) dan Kacip Fatimah (Labisia pumila), mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. 

        Nama mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo Fig adalah diantara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae.

        Nama mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di bahagian Timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Serawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain. 

        Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian Pantai Timur Semenanjung terutamanya di Negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di Negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan Tengah dan Selatan Semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian Utara Semenanjung. 


BAHAGIAN MAS COTEK.


Secara tradisi, nama tempatan serta pengkelasan jenis mas cotek dilakukan mengikut spesis seperti delima sudip, serapat angin, telinga gajah, telinga kera, telinga beruk dan sebagainya. Di Malaysia, spesis serapat angin banyak terdapat di bahagian pantai timur Semenanjung terutamanya di negeri Terengganu. Spesis telinga beruk dan telinga gajah pula, banyak terdapat di negeri Kelantan. Delima sudip boleh diperolehi di kawasan tengah dan selatan semenanjung, manakala telinga kera banyak terdapat di bahagian utara Semenanjung.

        Secara tradisinya mas cotek boleh diklasifikasikan kepada dua kategori utama iaitu: 

a) Mas cotek jantan. 

b) Mas cotek betina. 

        Perbezaan paling ketara yang dapat dilihat diantara spesis mas cotek jantan dan spesis mas cotek betina adalah dari segi rupa bentuk daunnya. Jenis yang berdaun kecil, tirus, nipis dan ringan lebih dikenali sebagai pokok mas cotek jantan. Bahagian belakang daun mas cotek jantan juga terdapat bintik berwarna merah. Pada kebiasaannya, daun-daun ini mempunyai satu bintik merah, tetapi terdapat juga daun yang mempunyai dua dan tiga bintik merah. 


        Bagi mas cotek jenis betina pula, rupa bentuk daunnya adalah lebih besar dan kebanyakan daunnya berbentuk bujur dan bulat serta lebih tebal jika dibandingkan dengan spesis jantan. Sama seperti daun jantan, daun betina juga mempunyai bintik pada bahagian belakang daunnya. Warna bintik pada daun betina bukannya berwarna merah, akan tetapi ianya berwarna hitam. Selain itu, urat daun betina kelihatan lebih jelas di bahagian permukaan atas daun jika dibandingkan dengan daun jantan.


KLASIFIKASI MAS COTEK (FICUS DELTOIDEA ).

Division
Magnoliophyta

Class
Magnoliopsida

Order
Rosales

Family
Moraceae

Genus
Ficus

Species
Ficus detoidea


JENIS TANAMAN.

Mas cotek adalah sejenis tumbuhan meliar yang menumpang diatas pokok lain (epifit) dan biasa juga hidup kawasan perbatuan di pergunungan. Sebenarnya terdapat lebih dari 80 jenis mas cotek, antaranya mascotek kelitik kering, delima sudu, payudara kecil, telinga beruk, telinga kera, raja mas cotek, pitis sekeleng kecil dan lain-lain lagi. Ia dibezakan melalui bentuk daun, bentuk urat daunnya dan lain-lain lagi. Setiap jenisnya mempunyai peranan masing-masing dalam menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kerana antara kandungan yang terdapat dalam mas cotek ialah Naringin yang tergolong dalam flavonoid dan bersifat antioksida.

Daun :

Daun mas cotek berbentuk lebar dan permukaannya licin berkilat. Tepi daun berombak dan garisan halus berwarna jingga. Dipermukaan atas daun, berwarna hijau muda. Manakala bahagian bawah daun pula hijau kejinggaan. 


Batang :
Batangnya tumbuh menegak ke atas, bulat, licin, berwarna kelabu dan agak rapuh.



Buah :

Buahnya kelihatan bersegi dan menarik. Berbentuk hampir bulat dan bewarna hijau muda. Dihujung buah mas cotek terdapat tanda merah muda. Tunas batang pada buahnya pendek dan tumbuh jarang-jarang antara satu sama lain.


KHASIAT MAS COTEK.

Mas Cotek merupakan pusaka asli wanita dalam warisan perubatan Melayu. Ia diamalkan bagi mengecutkan saluran peranakan dan merapatkan pintu rahim serta mengembalikan rahim pada kedudukan asal serta mengukuhkannya. Disamping itu, dipercayai rebusan daun Mas Cotek juga mampu memecah lemak serta membuang kolestrol berlebihan dalam saluran darah dan menghindari pengamal dari sakit kepala (migraine) dan angin ahmar. Memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan. 

Air rebusan daun, batang, akar, dan buah Emas Cotek terbukti dapat menyembuhkan penyakit paru-paru berair,kencing manis, lemah jantung, darah tinggi, cirit-birit sakit pinggang, mengurangkan keletihan, dan yang paling utama ialah ia mampu meningkatkan keinginan seks bagi pasangan suami isteri. Ia juga dipercayai dapat bertindak balas terhadap rangsangan hormon lelaki untuk meningkatkan daya ketegangan alat kelamin. Daun Mas Cotek boleh dipetik dan dikunyah semasa segar. Ia juga boleh dikeringkan agar lebih tahan lama. Apabila diperlukan, rebus daun kering tadi dan minum airnya bagi memulihkan tenaga.

Mengikut konsep ‘Doctrine of signature’, bentuk, warna, rasa dan bau pada setiap bahagian tumbuhan mas cotek menggambarkan kegunan herba itu untuk rawatan penyakit. Secara tradisi, daun mas cotek digunakan oleh golongan wanita selepas bersalin untuk mengecutkan rahim, memperbaiki peredaran darah, mengembalikan tenaga, merawat masalah berkaitan peredaran darah, dan dijadikan sebagai minuman herba untuk kesihatan serta kecantikan. 

Antaranya PENYAKIT yang dapat dibantu:

·            Mengeluarkan toksin dalam badan
·            Melancarkan perjalanan darah
·            Sakit urat saraf
·            Gout
·            Kencing manis
·            Darah tinggi
·            Membuang kolestrol dan lemak
·            Buasir
·            Migraine
·            Paru-paru berair
·            Pemulih tenaga batin
·            Sakit puan
·            Senggugut
·            Sakit pinggang
·            Keletihan
·            Masalah tidur
·            Rangsangan hormon lelaki
·            Mengecutkan rahim peranakan
·            Merapatkan pintu rahim
·            Sakit lutut
·            Mencantikkan dan melicinkan kulit
·            Demam/Selesema
·            Awet muda

CARA-CARA MEREBUS DAN MENGAMALKANNYA.

Herba mas cotek hendaklah direbus sebanyak 6 liter air atau bersamaan dengan 4 x 1.5 liter air saiz botol air mineral sehingga mendidih atau selama 45 minit sehingga pati dari batang, daun, buah, ranting dan akarnya keluar.

Tapis air rebusan tadi dan batang daun hasil rebusan mas cotek tadi. Anda boleh menyimpan air rebusan mas cotek ke dalam peti ais (agar tahan lebih lama) atau di luar (habiskan sebelum 3 hari).

Amalkan meminum air rebusan mas cotek sekurang-kurangnya 5–6 gelas sehari dan amalkan sebagai minuman harian.

Tiada jangkaan had umur untuk mengamalkan air herba ini.

Minuman seisi keluarga ini sesuai untuk semua jenis jantina.